Sejarah Awal Kampung_Gentam

Kampung Gentam sebenarnya telah wujud kira-kira 2 abad yang lalu iaitu bermula pada tahun 1860 lagi. Ianya dibuka oleh orang-orang Minang dari Minangkabau yang diketuai oleh seorang lelaki tua (dikatakan secara lisan berusia 60 tahun pada masa itu) iaitu Gentam. Beliaulah yang mengarahkan agar penempatan dibuat disitu dengan asalnya menanam padi kerana berdekatan dengan sungai. Ini kerana padi merupakan makanan ruji yang penting pada masa itu. Beliau turut membawa lebih ramai penghijrah dari Minangkabau (Pagar Ruyung Sumatera) setelah didapati ianya berhasil. Penghijrah ini kemudian telah bermukim disini dan melahirkan ramai zuriat dan akhirnya kekal menjadi penduduk tetap kampung ini.